Thursday, May 7, 2009

SEMINAR DAN BENGKEL E-BUKU REKOD MENGAJAR , L4 DAN MEMBINA BLOG


Pada 27hb April 2009 Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kota Belud telah menganjurkan satu seminar dan bengkel e-buku rekod mengajar, L4 dan Membina Blog yang mana telah diadakan di Bilik Mesyuarat BTP Pantai Barat Utara Kota Belud.  Jurulatih yang telah dijemput untuk memberi seminar dan bengkel khususnya dalam e-buku rekod dan L4 dalam program tersebut ialah Awang Palilah Haji Jaini dari SMK Bongawan Papar dan dibantu oleh Dusi Gunting dari SMK Arshad Kota Belud Jurulatih Negeri E-Kaunseling L4. Manakalah bengkel membina Blog juga telah dibimbing oleh Dusi Gunting. Seramai 27 Guru Bimbingan dan Kaunseling dari daerah Kota Beelud yang merupakan GBK di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah telah menghadiri dalam seminar dan bengkel sehari tersebut.

No comments: