Sunday, August 31, 2008

Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM dan PMR 2008

Yayasan Sabah bersama dengan Majlis Guru Bimbingan Kaunseling Kota Belud telah menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM dan PMR 2008. Seminar tersebut telah diadakan di SMK Pekan II Kota Belud selama dua hari. Seramai 250 orang pelajar SPM di lapan buah sekolah menengah di daerah Kota Belud telah menyertai seminar tersebut pada 25 Ogos 2008, dan seramai 210 orang pelajar yang telah mengikut seminar PMR di tempat yang sama pada 26 Ogos 2008. Penceramah-penceramah dalam seminar ini adalah guru-guru yang berpengalaman memeriksa kertas di peringkat SPM dan PMR.

Seminar selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud Yang Berbahagia Tuan Haji Said Andong. Perbelanjaan seminar selama dua hari itu adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Yayasan Sabah dari segi makan minum peserta dan AJK penganjur.

Bagi pihak Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud dan amnya Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, AJK Penganjur (Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kota Belud) merakamkan jutaan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Yayasan Sabah di atas sumbangan tersebut.

Friday, August 1, 2008

Blog Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud

Selamat Datang Ke Blog Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud