Thursday, May 7, 2009

SEMINAR DAN BENGKEL E-BUKU REKOD MENGAJAR , L4 DAN MEMBINA BLOG


Pada 27hb April 2009 Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kota Belud telah menganjurkan satu seminar dan bengkel e-buku rekod mengajar, L4 dan Membina Blog yang mana telah diadakan di Bilik Mesyuarat BTP Pantai Barat Utara Kota Belud.  Jurulatih yang telah dijemput untuk memberi seminar dan bengkel khususnya dalam e-buku rekod dan L4 dalam program tersebut ialah Awang Palilah Haji Jaini dari SMK Bongawan Papar dan dibantu oleh Dusi Gunting dari SMK Arshad Kota Belud Jurulatih Negeri E-Kaunseling L4. Manakalah bengkel membina Blog juga telah dibimbing oleh Dusi Gunting. Seramai 27 Guru Bimbingan dan Kaunseling dari daerah Kota Beelud yang merupakan GBK di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah telah menghadiri dalam seminar dan bengkel sehari tersebut.

Monday, May 4, 2009

PROGRAM KECEMRLANGAN PELAJAR PMR DI AIR PORT VIEW HOTEL 2009

Program Kecemrlangan Pelajar PMR daerah Kota Belud telah diadakan di Air Port View Hotel pada 1-3 Mei 2009. Seramai 160 orang pelajar dari lapan buah Sekolah Menengah Kota Belud telah menyertai program ini . Program ini telah dianjur oleh FELCRA Sendirian Berahad dengan kerjasama Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud.

Peserta program telah didedahkan dalam strategi dan teknik menjawab soalan  bagi Mata Pelajaran B
ahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan
 Sejarah. Pelajar juga diberi motivasi yang disampaikan oleh En Fadizl Mohd Jamil Pegawai Pasikologi Kaunseling dan Keutuhan Kota Belud.

Program selama tiga hari dua malam ni telah dit
utup dengan rasminya oleh Azmi Bin Saa
d, Ketua Unit Peserta FELCRA BHD Sabah. Turut hadir dalam upacara per
asmian penutupan program tersebut ialah Mohd Haslam Kamogan Pengurus FELCRA Training Sabah, Cik Raha Haniza Bt Abd Rahman Eksekutif Latihan FELCRA Training dan Consultancy.

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT ZON UTARA SABAH 2009


KOTA BELUD: 04 Mei 2009 . Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Utara 2009 telah diadakan di BTP Kota Belud. Zon Utara Sabah terdiri empat buah daerah iaitu Kota Belud, Kudat-Banggi, Pitas dan Kota Marudu.

Keputusan Pertandingan KPKK tersebut adalah seperti berik
ut:

1. SKETSA KERJAYA
   JOHAN : KOTA BELUD

2. KAIN RENTANG
  JOHAN : KOTA BELUD

3. FOLIO KERJAYA (SM)
  JOHAN : KOTA BELUD

4. FOLIO KERJAYA (SR)
    JOHAN :KOTA
 BELUD

5. POSTER KERJAYA (SM)
    JOHAN : KOTA BELUD

6. POSTER KERJAYA (SR)
    JOHAN : KOTA BELUD
7. MEMBINA M
EDIA MAKLUMAT KERJAYA
   JOHAN : KOT
A BE
LUD

8. MODEL KERJAYA
    JOHAN : PITAS

9. EKSPLORASI ALAM KERJAYA
     JOHAN : PITAS

Wednesday, April 22, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA DAERAH KOTA BELUD 2009


Pada 22hb April 2009 Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya peringkat daerah telah diadakan di Pejabat BTP Kota Belud.  Tujuan KPKK ini diadakan ialah memberi peluang kepada pelajar mencari maklumat tentang kerjaya dan seterusnya mempersembahkan maklumat tersebut dalam pelbagai bentuk persembahan seperti Poster Kerjaya, Folio Kerjaya, Model Kerjaya, Kain Rentang Kerjaya, Media Maklumat, Eksplorasi Kerjaya dan Sketsa Kerjaya. Selain itu KPKK ini juga sebagai pentas untuk memilih wakil daerah untuk dibawa ke pertandingan peringkat Zon yang terdiri dari Kota Marudu, Pitas dan Kudat yang dijangka akan diadakan pada 4hb April ini.

SMK Taun Gusi akan mewakili Kota Belud dalam kategori  SKetsa Kerjaya, Media Ma
klumat dan Kain Rentang.
SMK Pekan II akan mewakili dalam Folio Kerjaya dan Melukis Poster (SM).
SRJKC) Chung Hwa akan mewakili dalam Poster Kerja
ya  Sekolah rendah
Model Kerjaya (Maklumat keputusan tak dapat diperolehi oleh saya)
EAK Tak ada penyertaan di daerah.